Sunday, September 6, 2009

Patin di Kolam Wak Nan

Ahad, 6 September 2009 di Kolam Pancing Wak Nan, Klebang. Mengikut kata Wak Nan, patin ni jenis 'Patin Mekong'.
Sekor Patin tangkap gambar 3 orang..hehehe


Jawe posted via ChatBox on 29 Aug 09, 12:33
"Jawe: Assalamualaikum,hai blh sy nk th.umpan paling mujarap bg ikan patin?"

Buat Jawe, kalau selalu ke Kolam Wak Nan, ada sejenis tepung yang telah diuli siap oleh toke kolam ni dijual disitu. Cakap2 orang mengatakan tepung ni adalah 'tepung maggi', sejauh mana benarnya tak pasti lah. Tapi umpan ni memang sesuai dengan patin.

Monday, August 17, 2009

Gian Punya Pasal

Tak tau nak kata apa dah, timing tak betui, tengok gambar saja la...lepas raya pi lagi


Thursday, February 26, 2009

Buruan Toman Di Banding

Minggu lepas, waktu kami turun ke Lahat, diorang ni memburu toman di Tasek Banding, Grik. Trip ni kami tak dapat join sebab tak diajak dek dema (uhukkk!!!)..tapi kami akan pergi lagi sekali setelah meninjau respon yang agak mencabar dari trip permulaan depa ni.

Perjalanan ke destinasi sasaran mengambil masa lebih kurang 3 jam dari jeti Banding (mak ai lamanya!!!) Lepas tu meredah hutan dan belukar semata-mata mencari port yang betul betul ngam..Bravo!!!

Faisal (ECM Ipoh) memegang Toman bunting seberat 4kg. Kata depa ada tiga toman dinaikkan, paling berat 6kg, lain2 termasuklah sebarau, lampam dan kecik-kecik. Kelah tak pula diceritakan. Tapi ikut kata Nuar, depa ada menyusur laluan air terjun mudik kehulu mencari kelah.


Syabas buat depa ni...

Monday, February 23, 2009

Ara & Jelawat Di Lahat

Bertolak jam 6.00 pagi, ingatkan dah awal dah. Rupanya ada lagi pemancing tak tahu tidor yang lagi awal, siap ngan lampu pasang terang benderang kat tepi tebing bawah pokok tu. Ni dia Team Raje tengah pasang perambut berebut nak buat balingan sulung. Kalu tak silap Fadil yang buat balingan sulung kot. Dedak pandan, palet, dedak tepung suku tan, cacing, roti semua ada. Tapi perut kami semua kosong lagi, harap2 Abah le karang pi beli kopi-O.
Kat tengah tu Abah, kat ujung tepi ada sorang lagi. Cuba cari lagi kalu teror. Kat celah pokok tu ada sorang, ateh dahan tu ada sorang lagi, celah daun tu pon ada juga..cari lah kalau mata korang terang...
Panas ni tok sah cite lagi dah..terpacak mentari kat ateh kepala je yop..Mancing punya pasal hitam legam pon tak kisah..tak caya tanya le semua hero hero kat sini..
Setenang air di kali..rod kecik tunggu diragut dek ara ke jelawat. Rupanya umpan dah habih di balun dek ikan apa ntah yang kecik-kecik tu..

Ara kat sini size semua lebih kurang je..standard gred kot.
Jangan tak dapat kata orang. Minggu depan kita mai lagi. Ayuh ramaikan lombong Lahat kita buat pesta kat sana. Boleh kutip yuran parking, jual air jagung..

Friday, February 20, 2009

Mencari Lubang Keli

Jang mengangkat keli yang baru dinaikkan di sungai sebelah dusun belakang Bercham Elit.

Thursday, February 19, 2009

Photo Picnic Teluk Senangin







Thursday, February 5, 2009

Trip To Teluk Senangin

Satu trip memancing sambil beriadah ke Teluk Senangin, Perak disertai oleh lebih kurang 5 keluarga pemancing separa tegar seperti kami pada Sabtu & Ahad, 7-8 Feb 2009 nanti.

Kami akan menginap di Mesra Chalet, klik SINI untuk maklumat chalet penginapan.
Teluk Senangin Fishing Trip
Schedule for Saturday, 7 Feb 2009
12.00noon: Depart from Ipoh 1.00pm: Stop for lunch at Rasa Utara, Bota 3.00pm: Check-in at Mesra Chalet 4.00pm: To Kg Kedah, buy crab/lobster/fish for BBQ 5.00pm: Beach activities for kids 7.00pm: Back to room 8.00pm: BBQ Starts 10.30pm: Fishing Time (fish till you drop!)
Schedule for Sunday, 8 Feb 2009
6.30am: Continue Fishing 8.30am: Back to room for breakfast 9.30am: Beach activities for kids 11.30am: Leisure time 12.30pm: Check-out & depart for Ipoh
P/S: Photos courtesy of www.teluksenangin.com

Tuesday, January 27, 2009

Pancing di Tasik Pedu

Kami memulakan perjalanan ke Tasek Pedu (Pedu Lake) dengan harapan untuk menaikkan kalui, baung dan jelong yang menjadi hasil popular di tasik-tasik sekitar Empangan Pedu. Oleh kerana kerja-kerja pembaikan jalan sedang giat dijalankan, kami memutuskan untuk landing di port tengah saja yang dikenali sebagai Charok Air Keroh (perjalanan ke Pedu Lake Resorts mengambil masa lebih kurang sejam lagi dari sini).
Pajero dah boss bawa lari, kami pakai lori je la. Nak bawa kereta susah sikit jalan tak elok, berbatu. Pemandangan hutan simpanan kekal (hutan tua) sepanjang perjalanan sungguh menarik dan persekitarannya nyaman sekali..fuuuuhhhh (angin sepoi2)
Selepas sejam perjalanan, kelihatan beberapa tasek kebiruan mula menaikkan semangat kami untuk melabuhkan rod.
Sesampainya di destinasi Charok Air Keroh, port 'biasa' sudah fully booked, so kami terpaksa meredah hutan dan memanjat anak bukit untuk ke seberang port biasa tu..bunyi beruk dan lotong menaikkan bulu roma..
Ni tempat kami lepak sambil melontar dan menarik umpan..last-last..heheh..si LAMPAM jugak yang penuh karung, baung ada la sekor..Mana kalui, baung dan jelong? Mungkin next trip menjanjikan rezeki yang lebih bagus..

Kalau nak hasil yang betul-betul lumayan, kena lah naik bot pergi ke tasek sebelah dalam sana..Masa ni pun ada satu group pemancing tegar dari KL ada buat trip kesana. Next trip mungkin kami nak bawak bot keliling pulau2 kecil kat sini.

Saturday, January 24, 2009

Ni Nak Masuk Lagi..

Tengok je lah klip ni dari korang merapu sesorang. Ni tangkapan Fadil, siakap lebih kurang 2kg cam tu la. Port Kolam Wak Nan. Hari ni tak de orang turun awal pagi, cuma kami ngan dua tiga group je conquer the pond..heheh

video

Friday, January 23, 2009

Siakap Di Tanjong Rambutan

Siakap 3kg kat Tanjong Rambutan Fishing Pond.

video